Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 (Malaysia SDG Summit 2024)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 September 2024.
Sidang Kemuncak ini merupakan platform bagi pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor untuk berkumpul, berkongsi pandangan dan mengambil langkah substantif ke arah merealisasikan SDG menuju Agenda 2030.
Dalam konteks pengauditan, Sidang Kemuncak ini akan membantu Jabatan Audit Negara (JAN) menerokai bidang baharu di dalam pelaksanaan pengauditan bertujuan memastikan tiada lapisan masyarakat tempatan terpinggir dan tidak menerima manfaat melalui usaha SDG.
Semakan akan dijalankan melalui pengauditan terhadap aktiviti, program dan projek Kerajaan sama ada SDG dilaksana sejajar dengan hasrat pelan Rancangan Malaysia 5 tahun.