faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Putrajaya (PPj) Bagi Tahun 31 Disember 2023

 460423348 930625485776165 1863868697650922955 n 460085125 930625599109487 974481067702525203 n  460082169 930625809109466 404485104498686431 n 460095137 930625765776137 5328917947494439075 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 17 September 2024.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Puan Zeti Azlida binti Zakaria, Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Selesainya mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBhg. Dato' Presiden Perbadanan Putrajaya.

  • Dikemaskini pada: 19 Sep 2024
  • Cetak
  • 230

faqhubungimaklumbalaspeta