faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/ 2024M

 459850836 930386595800054 9107573845879523236 n 460087081 930386625800051 5361624914806775575 n  460300713 930613632444017 9162082117626785236 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 / 2024 pada 12 Rabiulawal 1446H bersamaan 16 September 2024 (Isnin) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis ini telah disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Raja Zarith Sofiah ke majlis tersebut.

Jabatan Audit Negara (JAN) turut menghantar kontinjen seramai 40 orang bagi menyemarakkan lagi majlis sambutan pada tahun ini dan menghayati tema tahun ini iaitu ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI'. Kontinjen JAN diketuai YBrs. Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan II dan YBrs. Dr. Sarimah Umor, Timbalan Pengarah Bahagian Susulan Audit.

JAN juga mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024 dan enam lagi penerima anugerah Maulidur Rasul.

  • Dikemaskini pada: 19 Sep 2024
  • Cetak
  • 219

faqhubungimaklumbalaspeta