Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 12 September 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato’ Abdul Rauf bin Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Tuan Hj. Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Sahibul Fadilahh Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Encik Rabianto bin Hj. Sokam, Pengarah Audit Negeri Perlis.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 dalam Majlis Mengadap DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dewan Kuliyyah MAIPs, Kangar, Perlis.