Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 2 Bilangan 2 Tahun 2024
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 2 Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 5 September 2024 di Putrajaya. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu tatakelola melibatkan badan berkanun, subsidiari dan entiti yang mempunyai kepentingan Kerajaan.
Sebagai ahli dalam JTK, JAN memainkan peranan penting dalam memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan diambil dalam menangani isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan wang Kerajaan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.