Majlis Makan Malam ACCA Malaysia Ulang Tahun ke 88
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Makan Malam Gala - ACCA Malaysia Ulangtahun Ke 88 sebagai tetamu kehormat di Kuala Lumpur pada 6 September 2024.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia. Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah YBrs Pn Helen Brand, Ketua Eksekutif ACCA, YBhg Dato’ Zaiton Hassan, Ahli Majlis ACCA Global dan YBhg Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad, Presiden, Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Peranan ACCA sebagai salah satu pengiktirafan perakaunan profesional kritikal dalam pembangunan kapasiti juruaudit sektor awam. Terutama dalam membantu JAN dalam melahirkan juruaudit yang kompeten dan berdaya saing.