Lawatan Tapak Projek dan Sesi Perbincangan Bersama Agensi Serta Wakil Kampung Bagi Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi lawatan tapak projek dan perbincangan bersama agensi serta wakil kampung telah diadakan pada 4 September 2024 di Kampung Masjid, Ijok, Perak bersempena dengan perancangan Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN).
Lawatan diketuai oleh YBrs. En Azunan bin Daud bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek-projek fizikal Kampung Angkat MADANI JAN. Projek-projek ini djadual selesai pada akhir bulan Oktober 2024 mengikut perancangan. Majlis Peluncuran program tersebut dijadualkan pada 2 dan 3 November 2024.
Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ini adalah Puan Selwah binti Said, Pengarah JAN Perak; Puan Syakurah binti Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta urus setia induk yang terlibat.