faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Taklimat JAN Kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Penggal Ke-15

458396553 920278036810910 5772753400307031177 n

YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) telah memenuhi undangan bagi pihak YBhg. Datuk Ketua Audit Negara untuk menyampaikan taklimat berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Penggal Ke-15 yang telah diadakan di Desaru, Johor pada 5 September 2024.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kaedah membaca dan memahami LKAN di kalangan Ahli Dewan Negeri Selangor.

Dalam taklimat beliau, YBrs. Puan Hajah Patimah telah berkongsi hasil pengauditan dalam LKAN Negeri Selangor bagi tahun 2022 disamping menekankan peranan dan tanggungjawab yang diperluaskan kepada Ketua Audit Negara melalui pindaan terkini Akta Audit 1957 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Julai 2024. Selain itu, beliau turut memberi pengenalan terhadap Papan Pemuka Ketua Audit Negara (Auditor General Dashboard (AGD) yang boleh digunakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor sebagai kaedah pemantauan isu LKAN di Negeri Selangor.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Tuan Laun Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohd Kamiri Kamaruddin, Timbalan Speaker Dewan dan YBrs Puan Zirawati Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor.

  • Dikemaskini pada: 06 Sep 2024
  • Cetak
  • 186

faqhubungimaklumbalaspeta