faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan Hormat Delegasi Daripada The Pricewaterhouse Coopers (PwC)

 458120404 919974553507925 925402279321755475 n 458203654 919974563507924 1364526611037134821 n  458271384 919974556841258 8103150024351833224 n 458304283 919974566841257 5018638195671741833 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi The PricewaterhouseCoopers (PwC) yang diketuai oleh YBrs. Puan Nurul A’in Abdul Latif, Pengerusi Eksekutif PwC bersama Encik Dominic Chegne, Rakan Kongsi Perkhidmatan Risiko dan Puan Farhana Jabir, Pengarah Kelestarian dan Perubahan Iklim PwC.

Sesi ini membincangkan ruang dan peluang kerjasama strategik antara JAN dengan PwC dalam mengukuhkan lagi sinergi gerak kerja serta kerjasama antara pengauditan sektor awam dan swasta di Malaysia melalui pembangunan kapasiti juruaudit serta pemantapan pendekatan pengauditan.

Sesi perbincangan turut disertai oleh YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta Pegawai-pegawai Kanan daripada Jabatan Audit Negara.

  • Dikemaskini pada: 06 Sep 2024
  • Cetak
  • 307

faqhubungimaklumbalaspeta