Laporan Audit Bagi Dana Global Environment Facility Pusingan Keenam (GEF-6) Di Bawah United Nations Environment Programme (UNEP)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Laporan Audit bagi Dana Global Environment Facility Pusingan Keenam (GEF-6) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP) kepada YBrs Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada hari ini, 4 September 2024.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Dr. Norwati Adnan, Pengarah Seksyen Penilaian dan Penyelidikan, Jabatan Biokeselamatan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara dan Jabatan Biokeselamatan.