Risk Management Conference & C-Suite Forum 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah memenuhi undangan menyampaikan Ucap Tama dalam pelancaran Persidangan Risk Management & C-Suite Forum 2024 anjuran The Academy of Risk Management Malaysia (ARiMM) yang telah diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 4 September 2024.
Persidangan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan rangkaian dalam industri Pengurusan Risiko di Malaysia. ARiMM merupakan badan profesional bagi pengurusan risiko, khususnya di Malaysia.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan peranan dan tanggungjawab yang diperluaskan kepada Ketua Audit Negara (JAN) melalui pindaan terkini Akta Audit 1957, yang memperkasakan pengawasan lebih meluas melalui pendekatan audit berasaskan risiko.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Abdul Halim bin Jantan, Pengerusi ARiMM; dan Encik Philip Satish Rao, Governor Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM).