Majlis Amanat Ketua Audit Negara Bersama Pegawai Lantikan Baharu JAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Amanat Ketua Audit Negara (KAN) bersama pegawai lantikan baharu JAN telah diadakan pada 3 September 2024 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Seramai 24 orang juruaudit lantikan baharu telah melapor diri di JAN pada hari tersebut. Daripada jumlah tersebut, 14 orang dilantik sebagai Juruaudit gred W41, manakala 10 orang sebagai Penolong Juruaudit gred W29.
Dalam amanat beliau, YBhg. Datuk KAN telah menekankan supaya semua pegawai baharu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.