Sesi Libat Urus Pelaksanaan Government Secured Communication (GSC)
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Libat Urus Pelaksanaan Government Secured Communication (GSC) oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) melibatkan kakitangan Jabatan Audit Negara telah diadakan pada 3 September 2024 (Selasa) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Pelaksanaan GSC bertujuan bagi mewujudkan platform yang selamat bagi komunikasi maklumat rahsia rasmi Kerajaan oleh pegawai JAN dengan memastikan peranti-peranti yang digunakan oleh pegawai JAN bagi urusan maklumat rahsia rasmi Kerajaan sentiasa selamat dan kedaulatan maklumat rahsia rasmi Kerajaan terpelihara dan disimpan di dalam negara.
Seramai 116 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 48 dan ke atas yang terdiri daripada pegawai di Ibu Pejabat, Akademi Audit Negara serta JAN Negeri telah menghadiri sesi ini secara fizikal dan dalam talian.
![]() |
![]() |
![]() |