ASEANSAI Workshop on Advancing Roles of SAI In Reviewing Voluntary National Review (VNR): A Contribution to the Achievement of SDGs
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) telah menyampaikan kata aluan secara rakaman video pada sesi perasmian bengkel yang di adakan di Jakarta Indonesia pada 29 hingga 30 Ogos 2024.
Bengkel telah dihadiri seramai 294 orang peserta negara ASEAN yang terdiri daripada 132 kehadiran secara fizikal dan 162 secara dalam talian. Bengkel ini diadakan bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman di antara SAI negara-negara ASEAN berkenaan lesson learnt, cabaran, dan amalan terbaik dalam melaksanakan VNR review.
Dalam ucapan aluan beliau, Datuk KAN menekankan kepentingan perkongsian ilmu dikalangan ahli ASEANSAI.
Disamping itu beliau juga berharap bengkel ini dapat memperkukuhkan pemahaman mengenai VNR, peranan SAI serta perkongsian ilmu dengan lebih luas bagi mencapai SDG dan kesejahteraan rakyat ASEAN.
Jabatan Audit Negara juga telah membentangkan berkenaan VNR Review and Its Challenges – SAI’s Experiences and Future Plans yang disampaikan oleh Puan Shabariah binti Ariffin, Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Audit Prestasi II, Sektor Audit Prestasi. Selain itu, perkongsian juga telah dibuat oleh SAI Indonesia, SAI Thailand dan SAI Filipina.