Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) diketuai YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 pada 30 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam ucapan beliau, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, menyeru rakyat bersatu padu dan meraikan perbezaan yang menjadi tunjang penyatuan rakyat Malaysia. Dengan semangat yang baharu, rasa kecintaan kepada negara harus diperkukuhkan, menjadikan Hari Kebangsaan 2024 sebagai titik perpaduan.
Ayuh semua semarakkan Hari Kebangsaan 2024!
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.