Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menandatangan Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 seusai sesi Mesyuarat Penutup pada 30 Ogos 2024 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk 'Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah PKKM; YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan YBrs. Puan Sharifah Fauziah binti Aljeffri, Rakan Kongsi Firma Audit Swasta - Tetuan Aljeffridean PLT.