faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengauditan Jabatan Audit Negara

 457097681 914185087420205 8223234506775147681 n 457093819 914185304086850 9047257107415655832 n 457199306 914185040753543 8804860713932132283 n  457463607 914185377420176 5060335223670305125 n  457267176 914185254086855 5840276758098229559 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara hadir ke Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengauditan Jabatan Audit Negara (JAN) yang diadakan pada 26 hingga 29 Ogos 2024 di Melaka.

Mesyuarat ini adalah untuk membincang dan memurnikan draf garis panduan pengauditan yang kini sedang dirangka oleh JAN, susulan kelulusan pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] pada bulan Julai 2024. Seramai 68 orang pegawai daripada pelbagai Sektor dan Bahagian di JAN terlibat dalam sesi Mesyuarat tersebut.

Lima Garis Panduan kini sedang dibangunkan terdiri dari Garis Panduan "Follow The Public Money Audit", Garis Panduan Pengauditan Syarikat Kerajaan, Garis Panduan Pengauditan Self Assessment, Garis Panduan Susulan Audit, dan Garis Panduan Kerjasama Pengauditan JAN Bersama Firma Audit Swasta.

Turut hadir dalam Mesyuarat ini adalah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan Pegawai Kanan dari Ibu Pejabat dan Negeri JAN.

 457093839 914186077420106 7033803780704916336 n  457175709 914186027420111 8786095612416231986 n  457268428 914184740753573 2337615370422647419 n  457520560 914185604086820 5685834618685933628 n 457133296 914185710753476 3230774463139607209 n
  • Dikemaskini pada: 30 Aug 2024
  • Cetak
  • 282

faqhubungimaklumbalaspeta