faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 bagi Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

 456953634 912672147571499 6040424708183371954 n  457220683 912671997571514 8801668029801351096 n 457271610 912672250904822 62074722827795327 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 bagi Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pada 27 Ogos 2024 bertempat di Ibu Pejabat JAN.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; YBrs. En. Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), JAN dan pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian dan Agensi.

Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk KAN telah mempengerusikan Mesyuarat Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 bagi Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh delegasi LHDNM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pengarah LHDNM. Turut hadir, Puan Nor Yati Ahmad, Ketua Akauntan Negara dan Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), JAN.

  • Dikemaskini pada: 28 Aug 2024
  • Cetak
  • 410

faqhubungimaklumbalaspeta