Seminar Pembudayaan Malaysia MADANI Melalui Logo Khusus Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian Dan Jabatan Utama
![]() |
![]() |
![]() |
Seminar Pembudayaan Malaysia MADANI Melalui Logo Khusus Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian Dan Jabatan Utama anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah diadakan pada 27 Ogos 2024 (Selasa) bertempat di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya dan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Seramai 58 orang pegawai telah dilantik sebagai Pegawai Kenegaraan Kementerian.
Kesemua pegawai yang dilantik ini berperanan sebagai ‘focal point’ dalam memastikan setiap pelaksanaan program kenegaraan di setiap kementerian lebih berstruktur dengan menerapkan latihan kenegaraan dan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.
Puan Syakurah binti Zakaria, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Audit Negara (JAN) turut hadir bagi menerima Surat Pelantikan Pegawai Kenegaraan bagi JAN.
Seminar tersebut dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh YBhg. Datuk Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM bertajuk "Pembinaan Negara Bangsa" diikuti dengan Taklimat Garis Panduan Logo Khas Malaysia Madani oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM.
Turut hadir ke Seminar tersebut ialah Encik Shamsul bin Shamdin, Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa mewakili JAN.