faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan Hormat Ketua Audit Negara ke atas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

 457138826 912344200937627 6800200571218528294 n 457131416 912344134270967 5080157978400578779 n 457018021 912344180937629 1480979075339232009 n  456956528 912344194270961 4619535859680612384 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 26 Ogos 2024 di ibu pejabat SC, Kuala Lumpur.

Agenda perbincangan meliputi potensi kerjasama dan kolaborasi strategik antara Jabatan Audit Negara (JAN) dengan SC khususnya dalam pematuhan dan pemantapan tatakelola baik di Malaysia.

Turut hadir dalam perbincangan adalah Puan Salmah Bee Mohd Mydin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Pasaran SC, YBhg. Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Pengarah Eksekutif Komunikasi Strategik dan Pejabat Pengerusi SC serta Encik Muhd Harith A. Bakar, Pengurus Besar Pemeriksaan dari SC manakala delegasi JAN dianggotai oleh Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan II dan Puan Norliza Md Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan IV.

  • Dikemaskini pada: 27 Aug 2024
  • Cetak
  • 220

faqhubungimaklumbalaspeta