Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah merasmikan Majlis Peluncuran Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024 bertempat di Bandar Baru Bangi pada 26 Ogos 2024.
Dengan tema "Memantapkan Prestasi dan Keberkesanan Audit Dalam Melalui Pendigitalan Audit", seminar anjuran Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam (JKAD) Universiti Awam dengan kerjasama Jabatan Audit Negara (JAN) dan Institut Juruaudit Dalam Malaysia (IIAM) telah disertai seramai 240 orang peserta yang terdiri daripada 103 Agensi Kerajaan dan Swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN menekankan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh semua pegawai sektor perkhidmatan awam dan swasta dalam sektor pendidikan perlu berubah selaras dengan keperluan dan kehendak pelanggan dan pemegang taruh bagi memastikan fungsi dan peranannya adalah relevan dengan hasrat dan aspirasi pendidikan negara.
Beliau juga menyatakan, Projek Pendigitalan Perkhidmatan (PPJ) Jabatan Audit Negara (JAN) dibangunkan dalam usaha memantapkan tatakelola dan kualiti penyampaian bagi memperkasa rakyat di bawah aspirasi MADANI. Melalui inisiatif PPJ, landskap pengauditan di JAN akan beralih ke fasa yang lebih efektif dan produktif.
Turut hadir ke majlis perasmian tersebut ialah Yang Hormat Profesor Dato' TS Dr. Yuserrie Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.