faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

 Peluncuran Program Pemantapan Pengurusan Teknikal ICT Jabatan Audit Negara

457000508 911464167692297 4654376013596181631 n 456851680 911464181025629 8283946136808811331 n 456692092 911464154358965 1929400209797944682 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meluncurkan Program Pemantapan Pengurusan Teknikal ICT JAN 2024 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Ogos 2024.

Program anjuran Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM) ini melibatkan 39 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik ICT JAN Ibu Pejabat dan JAN Negeri dari 23 hingga 25 Ogos 2024.

Dalam ucapan peluncuran beliau, Datuk KAN menyatakan aspirasi beliau agar program ini dapat meningkatkan tahap kesediaan kesemua pegawai ICT JAN khususnya dalam melaksana dan menjayakan Projek Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ) mulai dari penghujung tahun ini. Projek PPJ adalah inovasi digital yang dibangunkan untuk memperkasakan perkhidmatan JAN bagi menyokong perubahan dasar serta penggunaan teknologi baru ke arah pendigitalan pengauditan yang bersepadu, terangkum dan selamat.

Turut hadir ke majlis peluncuran tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Mohd Razalan bin Kamal, Timbalan Pengarah BTM.

  • Dikemaskini pada: 27 Aug 2024
  • Cetak
  • 318

faqhubungimaklumbalaspeta