Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2024
Hari ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 23 Ogos 2024.