Kunjungan Hormat Daripada Alumni Audit Negara (ASNA)
![]() |
![]() |
![]() |
Hari ini, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada barisan pengurusan Alumni Audit Negara (ASNA) Sesi 2024 - 2025 yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Said bin Supar, YDP ASNA.
Kunjungan hormat ini adalah platform komunikasi antara Jabatan Audit Negara dan mantan Juruaudit JAN. YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah berkongsi beberapa game changer bagi pemerkasaan JAN termasuk Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 dan Penguatkuasaan Garis Panduan Unit Audit Dalam.
Turut sama dalam sesi tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara dan Pegawai-pegawai Kanan JAN.