Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Setiausaha Negara
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar pada hari ini 21 Ogos 2024 di Pejabat KSN, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Jabatan Audit Negara merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuatkuasa pada 12 Ogos 2024.
Warga Jabatan Audit Negara yakin dengan kepimpinan dan pengalaman yang meluas, YBhg. Dato' Sri KSN akan terus memartabatkan perkhidmatan awam dan meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Warga JAN turut menzahirkan komitmen penuh terhadap pemantapan dan pemerkasaan pelaksanaan tatakelola baik khususnya di dalam perkhidmatan awam.
Selamat bertugas YBhg. Dato' Sri.