Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Audit Negara Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sekitar Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perak bertempat di Wisma Audit Negeri Perak pada 12 Ogos 2024 (Isnin) dan disertai oleh seramai 67 warga Jabatan Audit Negara, Negeri Perak.
Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dan bermakna ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) dengan 3 paluan gong sebagai simbolik kepada perasmian sambutan ini.
Turut sama ke majlis sambutan tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Shahril Yahya, Pengarah Audit Prestasi III; YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; dan Puan Selwah binti Haji Said, Pengarah Audit Negeri Perak.