Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura
![]() |
![]() |
Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Agensi Kerajaan yang lain telah diadakan pada 12 Ogos 2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. TYT Dato’ Indera Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura; Kolonel Rosidi Mat Saad, Penasihat Pertahanan; Cik Kavitha Mathuvay, Menteri Kedutaan (Ekonomi), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); dan Encik Vinothan Tulisi Nathzan, Kanselor (Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).