Mesyuarat Dwi Tahunan Kali ke-4 ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Knowledge Sharing Committee (KSC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sorotan Mesyuarat Dwi Tahunan kali ke-4 ASEANSAI KSC yang berlangsung di Kuala Lumpur.
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Pengerusi ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Knowledge Sharing Committee (KSC) telah mempengerusikan Mesyuarat ke-4 ASEANSAI KSC Biennial Meeting pada 24 - 26 Julai 2024 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini disertai oleh 45 pegawai-pegawai kanan daripada sembilan (9) negara ahli ASEANSAI iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Sebanyak 9 Agenda telah dibentangkan sepanjang dua (2) hari mesyuarat berlangsung yang merangkumi laporan kemajuan pelan kerja ASEANSAI KSC tahun 2024 - 2025.
Pelan kerja ini memberi fokus kepada projek perkongsian pengetahuan berkaitan pengauditan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs), pengauditan alam sekitar, pendigitalan audit dan pengauditan pinjaman dan pengurusan wang awam di rantau ASEAN.
Adalah diharap pelan kerja ini dapat mempersiapkan juruaudit ASEANSAI mendepani cabaran landskap pengauditan awam yang semakin mencabar.