Majlis Peluncuran Kursus Pra Persaraan
YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kursus Pra Persaraan pada 25 Julai 2024 di Kuantan, Pahang.
Kursus anjuran Akademi Audit Negara dari 24 hingga 26 Julai 2024 ini dihadiri oleh 17 orang pegawai Jabatan Audit Negara daripada Ibu Pejabat, Cawangan Negeri dan Unit Audit Dalam yang akan bersara pada tahun 2024 dan 2025.
Dalam ucapan beliau, YBhg Datuk Ketua Audit Negara memberi penghargaan kepada bakal-bakal pesara yang telah menabur bakti dan banyak menempa kejayaan dan kenangan berharga bersama Jabatan Audit Negara. Beliau juga mendoakan supaya bakal-bakal pesara sentiasa diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan serta berbahagia di samping keluarga tersayang. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji; Pengarah Akademi Audit Negara, YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin dan Pengarah JAN Negeri Pahang, En. Anuwar bin Asmuni.