Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) Siri 1 Tahun 2024 bertajuk "Perlindungan Data: Mengemudi Landskap Pengauditan Keselamatan"
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah merasmikan Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) Siri 1 Tahun 2024 bertajuk "Perlindungan Data: Mengemudi Landskap Pengauditan Keselamatan" pada 18 Julai 2024.
Webinar melalui platform Zoom Meeting ini telah disertai seramai 500 orang terdiri daripada kakitangan dan pegawai Jabatan Audit Negara, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam.
Dalam ucapan perasmian, Ketua Audit Negara menyatakan keselamatan data agensi dan privasi serta ketelusan perlu dititik beratkan apabila melaksanakan tugas pengauditan. Beliau juga berharap melalui sesi webinar ini, juruaudit dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengauditan.