Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada pagi ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato' Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri pada 18 Julai 2024.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Azhar Haji Arshad, SUK Negeri Melaka; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; dan Encik Khairul Azrin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' SUK Negeri Melaka.