faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ucap Tama dalam Pelancaran Program Board-Ready Women (BRW)

 451326229 882268067278574 3700871588342717400 n  451580047 882268187278562 3067212046113310390 n  451582031 882268153945232 328870824806712586 n 451622757 882268113945236 1968930048325739701 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah memenuhi undangan menyampaikan Ucap Tama dalam Pelancaran Program Board-Ready Women (BRW) bagi Kohort kedua yang telah diadakan di ibu pejabat Deloitte Malaysia, Kuala Lumpur.

BRW merupakan program tahunan Deloitte dengan kerjasama Boardroom Malaysia, Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM), dan 30% Club Malaysia yang bertujuan untuk mempersiap-siagakan pemimpin wanita di Malaysia yang beraspirasi tinggi bagi mengisi jawatan lembaga pengarah.

Seramai 32 orang peserta terpilih berpeluang mendapat pendedahan dan memperoleh pengetahuan secara lebih dekat bersama tokoh-tokoh lembaga wanita yang berpengaruh dan pakar dalam bidang masing-masing.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menegaskan bahawa jantina bukanlah penghalang untuk melaksanakan tanggungjawab dalam jawatan tinggi, selagi profesionalisme, disiplin, dan nilai-nilai murni dijadikan panduan. Sebaliknya, penghayatan serta tindakan yang menjurus kepada tatakelola yang baik perlu lebih diberi penekanan dan dipertingkatkan sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji; YBrs. Encik Yee Wing Peng, Country Managing Partner, Deloitte Malaysia; serta Puan Siti Hajar Osman, Audit & Assurance Partner cum Co-Leader BRW; serta tokoh-tokoh lembaga wanita yang berpengaruh daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

  • Dikemaskini pada: 17 Jul 2024
  • Cetak
  • 323

faqhubungimaklumbalaspeta