Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Sesi Menandatangani dan Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan KWSP Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada hari ini, 16 Julai 2024.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBrs.Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, YBrs. Encik Mohamad Hafiz Kassim, Ketua Pegawai Kewangan KWSP, YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan, dan Puan Siti Hajar Osman, Rakan Kongsi Tetuan Deloitte PLT.
Sebelum itu, Datuk KAN telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara.