Mesyuarat Ketua Audit Negara bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 1 Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada hari ini, Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Negara bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 1 Tahun 2024 yang diadakan di Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama di antara Jabatan Audit Negara (JAN) bersama Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) Kementerian/ Jabatan Persekutuan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di samping berkongsi idea dalam usaha memperkasakan Unit Audit Dalam (UAD).
Turut diadakan sesi dialog YBhg. Datuk Ketua Audit Negara bersama Unit Audit Dalam Kementerian/ Jabatan Persekutuan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi platform perkongsian ilmu dan perbincangan berkaitan pengauditan, kewangan, penyampaian maklumat terkini dalam usaha ke arah penghasilan pengauditan yang terbaik selaras dengan perkembangan masa kini.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar; pegawai-pegawai kanan JAN serta KUAD Kementerian/ Jabatan Persekutuan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.