Sesi Perbahasan Dan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah hadir bagi sesi perbahasan dan penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 di Parlimen pada 10 Julai 2024 (Rabu).
Turut diadakan sesi perbincangan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson sebelum sesi penggulungan tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson telah membuat penggulungan Perbahasan LKAN 2/2024 yang melibatkan Jabatan Audit Negara (JAN).
Turut hadir bersama di Parlimen adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar; dan pegawai-pegawai kanan JAN.