A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M

 450212942 875865851252129 4312532793344718448 n  450310041 875865884585459 4669085699477871514 n  450214843 875865857918795 6172113700339215002 n 450349364 875865904585457 1327768702427922729 n 

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis ini telah disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Raja Zarith Sofiah ke majlis tersebut.

Jabatan Audit Negara (JAN) turut menghantar kontinjen bagi menyemarakkan lagi majlis sambutan pada tahun ini. Kontinjen JAN seramai 40 orang diketuai oleh Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka bersama-sama meraikan semangat tahun baru hijrah dan menghayati tema tahun ini iaitu ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI'.

JAN juga mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada YBhg. Dato' Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Kategori Kebangsaan Tahun 2024 dan Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

  • Dikemaskini pada: 09 Jul 2024
  • Cetak
  • 162