Sesi Dialog Bersama Firma Audit Swasta (FAS) Utama
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mengadakan Sesi Dialog Bersama Firma Audit Swasta (FAS) Utama yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya pada hari ini.
Hadir bersama dalam sesi dialog tersebut ialah wakil daripada FAS iaitu Encik Muhammad Azman Che Ani, Rakan Kongsi FAS KPMG; Encik Ahmad Qadri Jahubar Sathik, Rakan Kongsi FAS EY; Puan Siti Hajar Osman, Rakan Kongsi FAS DELOITTE; dan Puan Nurul A’in Abdul Latif, Rakan Kongsi FAS PwC; dan wakil lain daripada FAS.
Agenda perbincangan termasuklah potensi kerjasama strategik antara JAN dan FAS dalam memanfaatkan sumber sedia ada merangkumi perkongsian kepakaran dan pengalaman khususnya pelaksanaan prinsip Follow the Public Money Audit dan Susulan Audit, yang merupakan antara inti pati RUU Audit (Pindaan) 2024 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024.