Program Pemantapan Pengurusan Perolehan dan Kewangan Siri 1 Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah merasmikan Program Pemantapan Pengurusan Perolehan dan Kewangan Siri 1 Tahun 2024 pada 1 Julai 2024 di Kuala Lumpur.
Program yang berlangsung mulai 1 hingga 3 Julai 2024 ini merupakan inisiatif Bahagian Kewangan dan Pentadbiran (BKP) Jabatan Audit Negara (JAN) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan JAN dalam mengendalikan urusan perolehan dan kewangan berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan. Peserta program pada kali ini melibatkan Zon Tengah yang terdiri daripada 40 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perolehan dan kewangan di Ibu Pejabat, JAN Negeri dan Akademi Audit Negara (AAN).
Hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan, YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara, Encik Mohd Rashidi bin Baba, Timbalan Pengarah BKP dan Encik Shamsul Bahar bin Shajian, wakil daripada Bahagian Perolehan Jabatan Perdana Menteri (JPM).