Kunjungan Hormat daripada Delegasi UNDP Audit and Evaluation Advisory Committee (AEAC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi UNDP Audit and Evaluation Advisory Committee (AEAC) pada hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Delegasi UNDP yang diketuai oleh Mr. Rakesh Nangia, Pengerusi AEAC kini sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia. Hadir bersama dalam sesi tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Tuan Haji Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit Prestasi I.
Kunjungan hormat ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah menghasilkan pengauditan yang terbaik selaras dengan perkembangan semasa di peringkat global.