Sesi Libat Urus YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bersama Ahli Dewan Rakyat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Libat Urus YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bersama Ahli Dewan Rakyat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 telah diadakan pada hari ini, 1 Julai 2024 (Isnin) di Dewan Bankuet, Bangunan Utama Parlimen.
Taklimat oleh Ketua Audit Negara dalam sesi libat urus tersebut diharap dapat menjelaskan intipati pindaan yang terkandung dalam RUU Audit yang akan dibentang untuk Bacaan Kali Kedua serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada 2 Julai 2024.
YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said dan YB Tuan M.Kulasegaran A/L V.Murugeson, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah hadir bersama 35 Ahli Dewan Rakyat daripada pihak Kerajaan dan Pembangkang.
Turut hadir YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |