faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Bacaan Pertama Bagi Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 Di Dewan Rakyat

 WhatsApp Image 2024 06 27 at 16.25.40 1  WhatsApp Image 2024 06 27 at 16.25.40 2 WhatsApp Image 2024 06 27 at 16.25.41 

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi hadir di Parlimen pada hari ini bagi mengikuti sesi Bacaan Pertama Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan ahli pasukan Dasar Pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] yang terdiri daripada pegawai Jabatan Audit Negara.

Bacaan Pertama RUU Audit (Pindaan) 2024 telah dibentangkan dan dibacakan di Dewan Rakyat oleh YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] ini telah digubal bagi memperkasakan lagi peranan institusi Ketua Audit Negara selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk menambah baik tatakelola negara dan akauntabiliti sektor awam. Akta 62 yang sedang berkuat kuasa ini tidak dipinda sejak tahun 1991 (33 tahun yang lepas).

  • Dikemaskini pada: 27 Jun 2024
  • Cetak
  • 335

faqhubungimaklumbalaspeta