Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Sarawak Bersempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Sarawak bersempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Kuching, Sarawak.
Majlis ini adalah untuk meraikan dedikasi dan komitmen peserta yang terlibat sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 yang berjaya menghimpunkan penyertaan hampir 1,500 orang Juruaudit secara fizikal dan dalam talian daripada sektor awam dan swasta seluruh negara; serta Program Kemasyarakatan (CSR) yang telah diadakan di 3 buah sekolah iaitu; Sekolah Kebangsaan Mang, Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kota Samarahan, Sarawak.
Turut hadir; YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak; YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Sarawak.