Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Bilangan 1 Tahun 2024
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menghadiri Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Bilangan 1 Tahun 2024 secara dalam talian daripada Sarawak pada pagi ini.
Mesyuarat KSUKP yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali ini diadakan di Dewan Persidangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Dalam mesyuarat ini, Jabatan Audit Negara telah membentangkan Kertas Kerja berkaitan Arahan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2024 Garis Panduan Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Jabatan Audit Negara Yang Ditempatkan Di Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Turut hadir secara fizikal dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar.