Persidangan Juruaudit Kebangsaan (PJK) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Juruaudit Kebangsaan (PJK) 2024 yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak. Dengan tema "Memperkasa Tatakelola: Mendepani Cabaran Masa Kini", Persidangan ini telah berjaya menghimpunkan penyertaan hampir 1,500 orang Juruaudit secara fizikal dan dalam talian daripada sektor awam dan swasta seluruh negara.
Penganjuran PJK 2024 ini mendapat sokongan dan komitmen penuh Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS). Selain itu, Malaysian Institute of Accountants (MIA), dan The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) merupakan rakan kongsi penganjuran persidangan pada kali ini.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN Audit Committee-AAC kepada YBhg. Datuk Ketua Audit Negara selaku Pengerusi AAC yang baharu bagi tahun 2025. Seusai majlis tersebut, YAB Premier, Datuk Ketua Audit Negara, dan tetamu jemputan turut meluangkan masa untuk melawat reruai persidangan.
Turut hadir; YB Ahli-ahli Kabinet Sarawak; YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |