Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 yang diadakan di Kuching.
Majlis ini diadakan juga sebagai meraikan dedikasi dan usaha semua peserta Program Kemasyarakatan (CSR) yang telah diadakan di 3 buah sekolah iaitu; Sekolah Kebangsaan Mang, Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kota Samarahan, Sarawak pada hari yang sama.
Turut hadir YB Datuk Dr. Haji Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman); YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak; YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), serta barisan Pengurusan agensi Persekutuan dan Negeri.
![]() |
![]() |
![]() |