Perbincangan Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengadakan dua pertemuan dan perbincangan di bangunan Parlimen pada hari ini.
Perbincangan pertama adalah bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina Binti Othman Said berhubung dengan Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 yang dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen pada kali ini. Hadir sama adalah Penasihat Undang-Undang Jabatan Audit Negara, Puan Nurhafiza Binti Marsidi dan Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Encik Saiful Anuar Bin Mohd Jaafar.
Seterusnya, YBhg, Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin.
Turut hadir semasa perbincangan tersebut adalah Naik Pengerusi PAC, YB Puan Wong Shu Qi dan Setiausaha Dewan Rakyat, YBrs Dr Nizam Mydin bin Bacha Mydin.