Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah diadakan pada 21 Jun 2024 di Bilik Dato' Klana Petra, Majlis Bandaraya Seremban.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri (PKN) Negeri Sembilan, YB Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Patimah Ramuji; Pengarah Audit Kewangan II, YBrs. En. Azunan Daud; dan Pengarah Audit Negeri Sembilan, YBrs. En. A S Sinarao a/l Nagayah @ Nagaraju.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim.