faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN (ASEAN Audit Committee-AAC)

 448764028 866150492223665 2419017895145398787 n  448829353 866150522223662 6520896474170865645 n  448506981 866150568890324 8310825165932040311 n  448772103 866150578890323 98461620436823732 n

 

Jabatan Audit Negara selaku Supreme Audit Institution of Malaysia (SAI Malaysia) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN (ASEAN Audit Committee- AAC) yang ke-49 di Sekretariat ASEAN, Jakarta, Indonesia pada 21 Jun 2024.

Delegasi JAN diketuai oleh YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan IV, JAN. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Mesyuarat dipengerusikan oleh TYT Viengthavisone Thephachanh, Presiden State Audit Organozation (SAO) Lao PDR selaku Pengerusi AAC pada tahun 2024. Dipenghujung mesyuarat, beliau telah menyerahkan jawatan Pengerusi AAC kepada Ketua Audit Negara selaku Pengerusi AAC yang baharu bagi tahun 2025.

SAI Malaysia akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN yang ke-50 pada tahun 2025. Delegasi JAN turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ambassador Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia.

  • Dikemaskini pada: 22 Jun 2024
  • Cetak
  • 118

faqhubungimaklumbalaspeta