Majlis Penyerahan Daging Korban
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban sempena Program Ibadah Korban dan Akikah Tahun 2024M/1445H anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi Audit Negara (KESKAAN) pada 19 Jun 2024 bersamaan 12 Zulhijjah 1445H di perkarangan Surau Al-Muhasabah, Akademi Audit Negara (AAN).
Program tersebut disertai oleh seramai 21 pegawai daripada ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) termasuk YBhg. Datuk Ketua Audit Negara, JAN Negeri dan AAN di mana sebanyak 3 ekor lembu dan 9 ekor kambing dikorbankan pada tahun ini.
Antara wakil penerima agihan daging korban dalam majlis tersebut adalah Tuan Haji Zainal Abidin bin Hamzah, Pengetua SMK Bandar Enstek; Tuan Haji Sharifudin bin Mas dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin (PKYMS) Nilai; dan Tuan Mohd Zawawi bin Hj. Aman dari Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Kg. Jijan, Nilai. Selain peserta program, turut hadir memeriahkan Majlis Penyerahan Daging Korban berkenaan adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) serta barisan pegawai kanan JAN dari Sektor Audit Kewangan, Prestasi dan Syarikat.