Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
![]() |
![]() |
![]() |
Pada hari ini, Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis perhimpunan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Syakurah Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Audit Negara (JAN), Encik Ariff Jemaan, Pengerusi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JAN; serta 39 orang ahli AKRAB JAN.